Alhamadulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bersyukur sangat sangat.
Kenapa?
Kerana saya berjaya menghabiskan diploma dengan jayanya tanpa mengulangi sebarang subject yang perlu untuk saya tinggal di bumi Jengka itu lagi. Lebih harum kejayaan saya adalah cgpa saya melepasi 3.5. Walaupun tidak lah flying colors mana tapi saya tetap bersyukur. Lagi bertambah bersyukur bila Ayah dan Ibu memberikan senyuman bahagia kepada anaknya ini. Tidak terkata bahagia dihati ini bila melihat wajah mereka terukir senyuman.
Dengan ini, saya ingin mengucapkan puluhan ratusan ribuan jutaan terima kasih kepada Ayah dan Ibu sebab sentiasa mendorongi kehendak dan keperluan ketika saya menimba ilmu. Terima kasih juga kepada pensyarah kerana memberikan ilmu dan markah yang baik kepada saya. Walaupun saya banyak ponteng kelas hihi. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan dan seluruh manusia yang berada di Jengka kerana memberi sokongan, keluhan, kebimbangan, ke-stress-an dan sentiasa berada di samping saya di waktu suka dan duka. Tanpa anda saya tidak akan betah tinggal disana dan tidak akan mengerti erti kehidupan universiti.
Dengan kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan untuk menempuh halangan dan rintangan di waktu degree kelak. Kita semua boleh !!
Sekian, terima kasih.
Dan dah kenapa pula entry kali ni macam nak buat ucapan depan pengetua dan warga PIBG? Hahahahahahahahahahaha lulz.
Dah lah. Bye ;)